Sabtu, 13 Februari 2010

rpp


Contoh Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Oleh : MOHD ALI BIN JEMALI
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 5 Cergas
Tarikh : 9 Februari 2008
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan pelajar : 30/33
Tajuk : Ikan Hiasan
Sub Tajuk : Penyediaan Bekas/ Akuarium
Kemahiran : Pelajar dapat memilih akuarium/bekas dan aksesori yang sesuai serta menyedia dan menghias akuarium. Selain itu kemahiran reka letak dan menyusun atur aksesori untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.
Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan
Ada memelihara ikan hiasan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Menyebut 7 daripada 9 aksesori bekas akuarium dengan betul.
2. Menyatakan 7 daripada 9 langkah penyediaan bekas akuarium dengan betul.
3. Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam dengan bantuan kad bertulis.
4. Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan aksesori yang dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul.
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, Bersih, Bertanggungjawab, Jimatkan Air, Menyayangi haiwan peliharaan, dan Estetika
Kemahiran Berfikir : Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar: Video, kamera, muzik, power point, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis, marker pen, gula-gula, pensil, pemadam dan nota edaran.
Pendidikan Alam Sekitar: Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku mengakibatkan hidupan dalam air mati.
Kajian Masa Depan : Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.









Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set induksi
(5minit) Pengenalan kepada tajuk penyediaan bekas/ akuarium 1. Murid melihat rakaman video mengenai situasi dalam sebuah akuarium yang dipenuhi dengan batu karang dan ikan hiasan yang berwarna-warni.
2. Rakaman diiringi dengan muzik lembut dan dialog percakapan dari dua ekor ikan yang ada di dalam akuarium melalui rakaman suara.
3. Ikan-ikan tersebut menceritakan tentang terselamatnya mereka dari situasi air laut yang tercemar oleh tumpahan minyak.
4. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini
“Penyediaan bekas/akuarium” BBM:
Video kamera, muzik
KBKK:
Membuat inferens, menjana idea
Nilai-nilai Murni:
Menyayangi haiwan peliharaan,
PAS:
Tumpahan minyak dan pencemaran yang sering berlaku mengakibatkan hidupan air mati

Langkah 1
(10 minit) Aksesori bekas/ akuarium
1. Aksesori akuarium asas:
i) pam
ii) penapis

2. Aksesori tambahan :
iii) batu
iv) pasir
v) tumbuhan akuatik
vi) kayu buruk
vii) poster
viii) model
ix) lampu akuarium

1. Murid diedarkan nota rujukan
2. Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah penyediaan bekas/ akuarium ikan hiasan.
3. Murid melihat tayangan video mengenai penyediaan bekas/ akuarium yang lengkap dengan aksesori tambahan berserta dengan muzik dan suara latar.
BBM:
Power point, Nota edaran, tayangan video, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium
KBKK:
Membuat gambaran mental, mengingat kembali




Langkah 2
(15 minit) Langkah-langkah penyediaan bekas akuarium
i) letakkan akuarium di lokasi pilihan, pastikan ada pendawaian elektrik dan bekalan air.
ii) membersih dan bilas bahan hiasan seperti kayu, pasir dan batu.
iii) letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di dasar akuarium.
iv) masukkan batu, pasir dan kayu buruk
v) tanamkan tumbuhan kuatik/tiruan
vi) masukkan penapis dalaman dan lekatkan pada dinding tangki akuarium.
vii) masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium
viii) hidupkan penapisan dalaman dan nyalakan lampu
ix) masukkan ikan

Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis
ikan yang hendak dipelihara.
1. Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.
2. Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru.
3. Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan BBM:
Ikan hiasan, kad nama, bekas akuarium, tumbuhan akuatik
KBKK:
Menyusun mengikut keutamaan, membuat gambaran mental
Nilai-nilai murni:
Kerjasama, jimatkan air, estetika, bersih, bertanggungjawab

Langkah 3
(15minit) Teknik memasukan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam
i) letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit
ii) masukkan sedikit air akuarium/kolam ke dalam beg plastik
iii) biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik


1. Murid melihat tayangan video dan melaksanakan kerja amali selepas tayangan berkenaan.
3. Murid memasukkan ikan ke dalam akuarium dan melabelkannya dengan kad kumpulan.

Penilaian
(10 minit) Kuiz Berkumpulan 1. Setiap kumpulan diberikan papantulis, marker pen dan pemadam.
2. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan, masa menjawab ialah 15 saat.
3. Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis.
4. Murid diberikan gula-gula apabila jawapan betul.
5. Kumpulan yang menang akan menerima hadiah pensil daripada guru. Nilai-nilai murni:
Kerjasama
BBM:
Papan tulis, pemadam, marker pen, power point, gula-gula dan pensil.

Penutup
(5 minit) Rumusan:
1. Penyediaan bekas/ akuarium
a. Memilih aksesori yang sesuai untuk bekas/ akuarium
b. Langkah-langkah penyediaan bekas akuarium
c. Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam 1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
2. Murid melihat tayangan video ikan hiasan sambil bersoal-jawab dengan guru.

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki melakar akuarium yang canggih untuk tahun 2020. Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan
Kajian Masa Depan:
Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan

The history of Odissi dance has been traced to an early sculpture found in the Ranigumpha caves at Udaygiri(Orissa). dating to the 2nd century BC. Thus Odissi appears to be the oldest classical dance rooted in rituals and tradition. Infact the NãtyaShãstra refers to Odra Magadhi as one of the vrittis and Odra refers to Orissa. But since the exact tradition of the dance could not be found, the Maharis and the Achariyas adapted the existing format of BharatNãtyam along with the sculpures on the walls of the temples to the present form of new Odissi.
Sejarah tari Odissi telah dilacak ke patung awal ditemukan di gua-gua Ranigumpha di Udaygiri (Orissa). dating ke abad ke-2 SM. Jadi tampaknya Odissi tertua tarian klasik yang berakar pada ritual dan tradisi. Infact yang mengacu pada Odra NãtyaShãstra Magadhi sebagai salah satu Odra vrittis dan mengacu pada Orissa. Tapi karena tradisi yang tepat dansa tidak dapat ditemukan, Maharis dan diadaptasi Achariyas format yang ada Bharatnatyam bersama dengan sculpures pada dinding-dinding kuil bentuk sekarang Odissi baru.odissi merupakan sebuah bentuk tari klasik India yang berasal dari Orissa,india bagian timur.